#fasihahmohamad bisness kerana ALLAH.. biiznillah..



                          Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Sy sambung sedikit ye resume #fasihahmohamad dari ALLAH tentang kerja..


✔ Kerja
💘 Perintis Marketing
Sama macam spm, lepas habis periksa dan sekolah makan masa lama untuk tunggu result keluar.. masa spm ma aboh tak bagi kerja, sy ambik kursus komputer..

Lepas stpm, sy kerja dekat perintis marketing.. company printing buku bill, buku2, soalan peperiksaan seluruh negeri terengganu.. kiranya pekerja perintis marketing ni dah tahu soalan macammana yg bakal diduduki dalam peperiksaan dan tanggungjawab kami adalah buat kerja dengan jujur.. kejujuran la yang paling mahal didunia.. kita jujur, orang sayang dan ALLAH serta Rasulullah lagi sayang..

Ingat kisah nabi kita masa zaman baginda kecil, baginda seorang pengembala kambing.. baginda juga bekerja dengan arwah siti khadijah khuwailid dengan berniaga..

💘 Ibai Golf
      @
Green Acres Golf & Country Resort
Kerja pertama sy selepas habis belajar.. sebelum ni, post tentang resume fasihahmohamad dari ALLAH, sy ada ketengahkan pendidikan melalui ibai golf.. sy start praktikal dekat ibai golf.. seingat sy club manager time tu arwah en rozy (al fatihah buat arwah).. banyak sy belajar dari arwah, garang dia bertempat sebab nak kita produktif dalam kerja.. pengalaman yg tak dapat di lupa.. arwah suruh sy round padang golf dgn berbaju kurung dengan supervisor bahagian padang.. kena check 18holes padang golf, kena tau holes mana yg biasa holes in one, holes mana bermasalah, sistem golf, kategori golf untuk tournament.. balik dari padang arwah akan tanya dan kalau salah arwah suruh cari lagi.. terima kasih sangat2 buat arwah.. dia garang depan sy pastu belakang sy dia senyum sebab nak bina keberanian sy untuk jadi sales & marketing.. sy senyum je, tak nangis pun time tu sebab takut.. takut failed dan tak boleh konvo on time, tak ke haru dan malu.. hehehehehe.. tp ilmu tu memag mahal sangat.. sekarang dah tak ingat dah semua tu sebab dah lama tinggal, kena cari balik notes2 yg disimpan..

Sepanjang 2tahun sy kerja, sy sempat bekerja dengan 4orang club manager iaitu arwah en rozy, en salleh, mr bala dan dr muru.. sepanjang sy di ibai golf juga sy dah cuba selami kerja orang sebab sy nak dengan niat nak belajar.. antara kerja sy pernah buat receptionist, waitress, distribute flyers promotion sampai kena kejar anjing, runner untuk tournament siap jaga gerai dalam padang golf masa tournamant, jaga kaunter swimming pool, angkat beg golf yg berat gedabak mcm bawa batu, duduk dekat changhing room sekejap bila kak yah sembahyang, ke resort lain untuk pinjam barang yang tak cukup bila ada function besar dengan menaiki lori sewa dan lain2 yang sy tak berapa ingat.. semua tu adalah pengalaman kerja paling pahit manis masin tawar dalam hidup saya.. dari situ saya belajar selami susah senang kerja orang.. kita tak kan rasa susah orang lain melainkan kita sendiri dah merasanya demi sesuap nasi buat anak bini juga orang tua dan adik beradik.. 

Sebenarnya ALLAH buat camtu, hadirkan mereka untuk sy belajar dengan mereka sebab lain orang lain pemikirannyan begitu juga lain org lain kerja @ rezekinya.. juga dari situ baru sy tersedar, sedari azali sy tak wujud lagi kat dunia ni.. sy dah ada Nabi Muhammad sebagai roles model.. selami kisah nabi sedari kecil, anak yatim piatu, disusui ibu susuan, menumpang kasih datuk juga bapa saudara, berniaga, berkelurga dan dakwah.. nabi bertungkus lumus bawa cahaya islam dalam dunia ni, kita senang sekarang adalah kerana susah parit jerih mereka yg terdahulu dari kita.. nabi lah roles model teragung dari ALLAH.. kita buat apa yg nabi buat dan tinggal apa yg nabi tegah, selamat la dunia akhirat..


💖 BISNES @ PERNIAGAAN 💖
Yang ni sy tak tahu nak start macamana.. sy ringkaskan takut terpanjang almaklum la, post dan komen2 sy dekat fb waima ig kan memamg panjang kalau anda perasan..

Dulu, sy tolak mentah2 bisness.. mungkin sebab dari kecik tengok ma aboh susah senang dengan bisness dan pernah tersontot dengan m.l.m.. buatkan sy rasa geram dan menyampah dengan bisness.. sedangkan masa sy sekolah sy sokmo berangan nak besarkan bisness ma aboh sebab selalu jaga kedai ma aboh dan selalu tengok tv rancangan wanita hari ini ke apa tak tahu.. ada slot pasal bisness, masa tu sangat terinspirasi dengan puan mona din leesa formula.. dia nya percakapan ya ALLAH sangat buat sy tertarik hati, mungkin dia bercakap dari hati yang jujur.. zaman budak2 dulu tahu apa la sangat, tahu nak jadi macam dia pastu lupa.. krikkrik.. dan sejak jadi silent reader 5tahun lepas, terjumpa fb puan mona dalam diam.. awal tahun ni jelah aktif komen2 dekat fb..

Dekat universiti masa lecturer tanya expectation sy tentang bisness marketing, sy jawab nak jadi retailer berjaya.. rupanya hari ni baru sy tersedar...... kata2 itu adalah doa.. walaupun sy kata semua tu dah lama, ALLAH maha mendengar dan pengasih juga penyayang..

Dan bila kahwin, rezeki ALLAH sangat terbentang luas buat hambanya.. tambah2 bila ada anak.. masa mula2 kahwin ALLAH rezekikan sy jadi suri rumah untuk dalami ilmu ALLAH.. cari dan cari ALLAH sampai jumpa, menerusi al quran qalamullah aka bicara ALLAH direct buat hambanya dan buku2 dari ustaz terkenal juga tv dan ceramah2 yg direcord..

Lepas dapat auni, mas auni 4bulan tak silap.. kami suami isteri pernah cuba niaga kerepek buah2.. sedap, kami ambil stok dengan mak saudara suami di joho.. kerepek dari indonesia, kami packing semula, timbang dan lekat.. masa tu bukan duit yg kami nak, lebih kepada nak bantu mak sedara.. dapat sambutan juga, sy tak ingat kerepek yg kami jual.. cuma sy ingat kerepek nangka paling laku keras..

Lepas dapat yusra pulak, sy cuba jual kain pasang batik royal, sutera terengganu, tudung bawal.. adik sy cuba jual dekat perak tak dapat sambutan, sy tambah sikit kain yang sy beli dan jual dekat rumah mertua di joho.. alhamdulillah laku keras.. duit jualan buat bayar anak2 bersuka ria di hello kitty town.. kitaorang susah nak kemana2 sebab kekangan masa suami yg sibuk dengan tanggungjawab kerjanya.. hidup sy anak beranak adalah di rumahku syurgaku.. terkadang ada la bergaul dengan jiran2..

saya ni pembeli tegar untuk makanan, buku dan satu lagi hanya orang terdekat yg tahu.. sy tak kisah segala kelengkapan sy yang murah2 dan tak berjenama asal buku dan satu benda tu sy dapat macam menggapai bintang dan bulan dilangit.. puas hati sangat2 kalau dapat dua benda tu..

Lepas dapat wildan syurga ALLAH, arwah uwais nun tersimpan kemas oleh ALLAH buat sy dan suami di sana.. sy bangkit dan kuat kerana ALLAH.. sebelum dapat uwais sy cuba bisness online, before ni sy hanya bisness offline.. walaupun 5tahun sy gali ilmu hasil jadi mata2,  sungguh sangat mencabar.. sy buat fb, pages n ig baru sebab tak mo orang2 tahu.. alih2 sy down sebab tak ada ilmu.. nak bisnes online kena dan kena cari serta gali ilmu.. korban sikit duit dan masa insyaALLAH kita akan tahu sedikit sebanyak jalan dan gerak kerjanya.. Kedai online ni macma kedai offline juga, perlu awareness juga engagement orang dengan kata lain perlunya orang kenal kita dan ukhuwah selaras dengan siapa target market juga customer dan produk kita..

Maka beberapa bulan ni tertubuh la
Mozah family enterprise..

Sy budak baru nak up.. sy tak dapat join kelas macam orang lain.. alhamdulillah ALLAH hadirkan seorang sahabat merangkap penasihat iaitu zafreena zul hilmi yee aka zafreenadrinks&snack..




Dan segala design bisness sy adalah hasil kreativiti nordianah alias.. semua design bisness sy adalah atas idea beliau.. alhamdulillah..



Ibu atau pembuka rezeki untuk bisness sy adalah radio mini bermemori kad.. sy ada sejarah dengan radio ni.. yg terutamanya radio ni bagus sebagai halwa telinga.. kalau anda pandai, boleh saje direct download ke handfon dan lapop.. radio ni alternatif lain sebagai pemudah kerja untuk sy lebih dekatkan diri pada qalamullah..


Rabbi yassir walatuassir
Rabbi tammin bil khoir

Moga bisness beri manfaat buat sy sekeluarga juga semua sahabat..















Comments

Popular posts from this blog

Khalidu Bil Qur`an 💕

DIA kekasih ALLAH 🥀

Jom Tahajjud 💘