Resume #fasihahmohamad dari ALLAH..







Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Posting kali nak bercerita sedikit sebanyak tentang #fasihahmohamad dengan kata lain resume #fasihahmohamad yang dicipta oleh ALLAH sedari azali..

✔Nama
Nurul fasihah mohamad

✔Nickname
Panggil apa2 sahaja asal maksudnya masih sama fasih

✔Umur
30tahun (2017)
Alhamdulillah ALLAH panjangkan lagi umur.. moga dapat gandakan ibadat kepada ALLAH berpaksikan kepada fitrah sebagai hamba ALLAH bahawa yg hidup pasti mati..

✔Pendidikan
💘 Rumahku syurgaku
Aboh dan ma ada kedai runcit dekat rumah.. sambil jaga kedai, aboh jadi cikgu matematik dan aboh akan bagi latihan matematik.. ma pulak jadi ustazah, garang woo.. tak nangis tak sah tapi alhamdulillah sedari kecik dah tertanam al quran dalam diri.. selebihnya diri #fasihahmohamad sendiri la kena bajai al quran dalam diri..

💘 Madrasah arwah tokki jusuf & tok wok
Dulu kawasan kampung memang heaven.. nak kemana2 tak risau.. boleh dikatakan semua kenal bertambah2 aboh ma niaga.. masa umur 4tahun dah gi ngaji dekat bangsal arwah tokki jusuh dan tok wok.. pun garang, takut tapi best sebab ada ramai orang boleh kawan.. dan alhamdulillah darjah 4 dah khatam al quran.. dewasa ni sangat ambil masa lama untuk khatam.. demi masa, fasihahmohamad berada dalam kerugian

💘 Pasti
Yang ni memang lost memory.. cuma ma cakap time tu sy ingat mulut semua.. nama2 ALLAH dan macam2.. bila besar ni cuma ingat ikrar pagi2 je..
innadi indallahi islam.. rodhi tubillahi rabba, wabilislamidini, wabimuhammadin nabiyyan warasula.. ALLAHUAKHBAR..
 dan ikrar ni la kita ikrar depan ALLAH sebelum melihat alam rahim dan dunia.. wallahuahlam..

💘 SK Pusat Kuala Ibai
 (UPSR)
Dari tahun 1994 hingga 1999 dan periksa upsr dgn result cukup2 makan alhamdulillah.. masa sekolah rendah ingatan tu pada sukan, sy aktif dalam sukan bola jaring dan hoki.. petang2 tak miss ada latihan dekat sekolah.. memang hangus kulit, dunia budak2 kan dunia bermain.. hitam atau putih semua ALLAH sayang.. yg penting buat apa yg ALLAH suruh dan tinggal apa yg ALLAH larang..

💘 SMK Seri Budiman Tranung kiter
(PMR & SPM)
Dari 2000 hingga 2004 dengan result pmr sederhana kayuhan basikalnya dan spm yg jatuh terduduk sebab dapat result bukan harapan semua.. adat belajar, apa yg kita dapat itu melambang kan usaha kita dan jangan sesekali putus asa.. time sekolah budiman pun sama masih aktif sukan bola jaring dan bola baling.. bola baling pernah wakil daerah kuala tranung kiter.. seronok time ni, dengan bersukan dapat urus masa, disiplin diri, cergas badan dan bersilaturrahim..

💘 SMK Panji Alam Tranung kiter
(STPM)
Sebab result spm jatuh terduduk, sy bangkit dengan sambung sekolah utk stpm.. alhamdulillah result cukup2 makan.. untuk kemasukan universiti sy mohon pilihan 1dan2 untuk cikgu dan pilihan akhir untuk pemasaran di uitm.. pernah duduki ujian bertulis seringan cikgu tapi rezeki tak menyebelahi sy.. asalnya nak buat rayuan untuk yg lain tapi takut lambat sy terima je uitm dihatiku..
Alhamdulillah indahnya aturan ALLAH buat fasihahmmohamad yg hina ini..

💘 Uitm Dungun Tranung kiter
 (BBA MARKETING)
Julai 2007 Ma tak bagi sambung uitm, aboh bagi.. sy sambung belajar dengan 1k kenangan.. alhamdulillah grad on time dengan 2 paper failed dan past repeated disember 2010.. ALLAH perancang terbaik buat semua hambanya dan jangan berhenti berdoa, bersangka baik dan berharap pada ALLAH..

💘 Ibai Golf aka Green Acres Golf Country Resort
Jan 2010 sy start latihan industri di ibai golf.. alhamdulillah terpilih untuk praktikal disitu.. asalnya pilih ibai golf dan pertima.. sy buat giler gi edit surat maklum balas, sy edit untuk tahu pihak tempat praktikal tu sediakan elaun atau tak dan ibai golf sedia rm250.. hehehee.. apa lagi, sy grab la ibai golf.. terima kasih buat kak nurul (wan nurul hikmat) merangkap supervisor sy di ibai golf.. start dari situ bermula la madrasah kerja juga kehidupan buat sy.. sungguh penuh liku dan ranjau.. ALLAH dah buat yg terbaik buat hambanya untuk belajar dan belajar.. jangan pernah takut dan cepat putus asa.. ALLAH tahu yg terbaik buat setiap hambanya..

✔Status
Sy Rusuk kiri Hisyam Fahmy..
Pemudah syurga buat Auni, Yusra, Arwah Uwais wildan syurga ALLAH dan yg lain biiznillah insyaALLAH..
Alhamdulillah dah 5tahun kahwin, orang kata lepas fasa pertama..
Perkahwinan juga madrasah dari segi kekeluargaan buat sy.. lepas kahwin sy punya keluarga kecil & besar Hisyam & Fasihah.. alhamdulillah ala kullihal ALLAH beri peluang punya keluarga iaitu suami dan anak2 dan semua.. Terima kasih buat semua ahli keluarga banyak membantu yg terutama dr segi nasihat dan bimbingan agama.. sungguh manusia kena sentiasa diingatkan sebab kita mudah lupa..

Pokoknya....
Semua yg di atas adalah kerja ALLAH buat hambanya yg bernama fasihahmohamad sejak azali.. sangat takjub dengan kuasa ALLAH YG ESA.. itu baru sy sorang..
Belajar dan belajar kerana belajar juga adalah salah satu ibadat kepada ALLAH.. ilmu ALLAH tu maha luas..

Lepas ni kita sambung tentang kerja dan bisness..

Alfatihah buat ahli keluaraga, rakan2, ustaz2 dan cikgu yg telah kembali kerahmatullah..
Allahummaghfirlahu warhamhu..
 wa'afihi wa'fuanhu..


Comments

Popular posts from this blog

Khalidu Bil Qur`an 💕

DIA kekasih ALLAH 🥀

Jom Tahajjud 💘